Pakatan Rakyat (PR) Social Political Buzz & Bulls

Star mesti diambil tindakan ! — Nasrudin Hassan

28 FEB — Alhamdulillah, memorundum yang dihantar telah di terima dan konsert Erykah Badu telah dibatalkan kerana tidak menepati garis panduan PUSPAL iaitu menyentuh sensitiviti agama dan nilai budaya di Malaysia. Terima kasih kepada pihak berwajib yang mengambil langkah tepat. Terima kasih Datuk Rais Yatim.

Namun sebagaimana yang telah saya tegaskan sebelum ini. Isu Erykah Badu bukan sekadar konsert dan hasil karyanya. Tetapi lebih besar daripada itu ialah bagaimana pula tindakan wajar ke atas The Star yang telah mempromosikan Erykah Badu dengan dada terdedah menampakkan tatoo kalimah Allah di dada kiri dan kanannya.

Saya telah menekankannya sebelum ini dan sekali lagi saya atas nama Dewan Pemuda PAS Malaysia mendesak agar akhbar Star digantung permitnya selama sebulan paling minima. Justeru ini bukan kesalahan pertama dan tidak mungkin mereka terlepas pandang kerana Star pernah ditegur beberapa kali sebelum ini dalam isu menggugat sensitiviti agama khasnya bagi ummat Islam.

Lebih menarik apabila pemilik akhbar ini ialah MCA yang terkenal dengan sikap anti Islamnya. Bermula dengan Presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek, semua orang sudah kenal dan tahu sikap permusuhannya terhadap Islam [Islamophobia]. Saya bimbang ini adalah satu perancangan rapi untuk terus konsisten menghina dan menentang Islam secara terbuka. Mereka seperti mahu menguji tahap kesabaran ummat Islam.

Lebih parah dan mengelirukan apabila kerajaan Umno Dan BN memejam sebelah mata terhadap apa yang dilakukan oleh akhbar MCA ini. Apakah kerana mereka tidak berani berhadapan dengan MCA? Harapan ada tindakan tegas justeru ia berkait dengan maruah ummat Islam. kita tidak mahu lagi akhbar Star hina Islam kemudian mohon maaf, buat lagi dan mohon maaf lagi dan buat lagi lalu mohon maaf lagi. Soalnya sampai bila ? — www.eperjuangan.com

* The writer is PAS Youth chief

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.

Read More @ Source



More » Bonology.com | Barisan Nasional (BN) | Sociopolitics Plus | 大马社会政治

0 Comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...